Dragonica Emoticon Happy Tongue September 2016 | PENGAJIAN MALAYSIA Cute Bunny Holding Heart

Pages

Wednesday, 21 September 2016

PILIHAN RAYA

—          Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".         Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.



•Malaysia
merupakan sebuah Negara yang mengamalkan konsep pemerintahan Demokrasi     Berparlimen
Satu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen ialah Pilihan RayaPilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun sekaliSatu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen ialah Pilihan RayaSatu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen ialah Pilihan RayaSatu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen ialah Pilihan RayaPilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun sekaliPilihan raya mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong

RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_pilihan_raya_di_Malaysia
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pilihan_Raya_Malaysia
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya
4. Buku Pengajian Malaysia Siri Politeknik
5. sumber video dari youtube berita semasa https://www.youtube.com/watch?v=LvOpR6NWy_M

Video Pilihanraya Umum Ke 13







CREDITS TO BERITA SEMASA AND REDBADMUSIC YOUTUBE https://www.youtube.com/user/RedbagMusic
https://www.youtube.com/watch?v=LvOpR6NWy_M

Proses pilihan raya di Malaysia


Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.


Image result for proses pilihan raya di malaysia

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia)

-Sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman telah digantikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 1 Januari 2009.

SEJARAH SPR 

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.
Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.
Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.

Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja.


Fungsi
-
Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.
Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

Senarai Pilihan Raya di Malaysia

Image result for senarai pilihan raya umum malaysia